Sejarah Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi Manusia

Setem 2000 merayakan 50 tahun Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi Manusia

Sistem perlindungan hak asasi manusia di Eropah boleh dilihat sebagai hasil daripada perkembangan situati berkembar. Satu, dalam keadaan selepas Perang Dunia Kedua, konvensyen ini lahir hasil inspirasi daripada Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat yang boleh dilihat sebagai respons lebih meluas Kuasa Perikatan dalam membentuk agenda hak asasi manusia yang boleh beroperasi sebagai pencegah pelanggaran-pelanggaran hak asasi manusia yang berlaku semasa Perang Dunia Kedua itu (seperti Holukus). Keduanya, Konvensyen ini juga merupakan tindak balas kepada perkembangan Komunisme di Eropah Timur dan bertindak melindungi negara-negara anggota Majlis Eropah kepada penyelewengan komunis. Maka inilah yang sering dirujuk sebagai nilai-nilai dan prinsip-prinsip yang “perlu dalam masyarakat demokratik” melalui Konvensyen ini, meskipun prinsip-prinsip ini tidak terhurai dalam Konvensyen ini sendiri.[3]
Konvensyen ini digubalkan oleh Majlis Eropah selepas Perang Dunia Kedua sebagai tindak balas kepada rakyat Eropah dari serata jenis yang berhimpun di Kongres Hague pada tahun 1948. Apabila lebih daripada 100 ahli-ahli parlimen daripada dua belas negara ahli Majlis Eropah berkumpul bersama di Strasbourge pada musim panas 1949 untuk perbincangan pertama Perhimpunan Konsultatif Majlis berkenaan, matlamat mendraf “piagam hak asasi manusia” merupakan antara focus utama dalam agenda mesyuarat. Ahli Parlimen British dan peguam Sir David Maxwell-Fyfe, Tuan Pengurusi Jawatankuasa Persoalan Perundangan dan Pentadbiran Perhimpunan itu, menyelia pendrafan Konvensyen. Sebagai pendakwaraya di Perbicaraan-perbicaraan Nuremberg, dia telah melihat dengan sendirinya bagaimana keadilan antarabangsa boleh diaplikasikan. Dengan pertolongannya, bekas menteri dan pejuang Perancis, Pierre-Henri Teitgen menghantar laporan[4] kepada Perhimpunan yang mempunyai mempunyai beberapa senarai hak-hak asasi yang hendak dilindungi dengan beberapa daripadanya diilhamkan oleh Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat yang baru dipersetujui di New York, dan mendefinasikan bagaimana mekanisme kehakiman di bawah cadangan Konvensyen ini hendak beroperasi. Selepas debat-debat yang berpanjangan,[5] Perhimpunan itu menghantar cadangan akhirnya[6] kepada Jawatankuasa Menteri-Menteri Majlis itu, yang kemudiannya membentuk sekumpulan pakar untuk mendraf Konvensyen ini dengan sendirinya.

Konvensyen ini digubal untuk merangkumi pendekatan tradisional kebebasan sivil untuk mencapai “demokrasi politik yang efektif”, daripada tradisi-tradisi paling utama United Kingdom, France dan juga negara-negara lain Majlis Eropah. Konvensyen ini dibuka untuk tandatangan pada 4 November 1950 di Rome. Ia kemudiannya diratifikasikan dan berkuatkuasa pada 3 September 1953. Ia diselia oleh Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah di Strasbourge, dan Majlis Eropah. Ia juga pernah diselia oleh Suruhanjaya Eropah mengenai Hak Asasi Manusia.

Rujukan

WikiPedia: Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi Manusia http://assembly.coe.int/Conferences/2009Anniversai... http://assembly.coe.int/Conferences/2009Anniversai... http://assembly.coe.int/Conferences/2009Anniversai... http://assembly.coe.int/Documents/AdoptedText/TA94... http://conventions.coe.int/Treaty/Commun/ChercheSi... http://conventions.coe.int/Treaty/Commun/ChercheSi... http://conventions.coe.int/Treaty/Commun/ChercheSi... http://conventions.coe.int/Treaty/Commun/ChercheSi... http://conventions.coe.int/Treaty/Commun/ChercheSi... http://conventions.coe.int/Treaty/Commun/ChercheSi...